Our life starting...

Thanks sebab sudi lalu-lalu kat blog nie...kalau ada ape2 nak share sila la tinggalkan jejak anda disini yup..sharing is caring..wahhh...baru ceria sikit hati tue..kannnn…

Learn..life..hope..

Followers

Monday, January 25, 2010

Close your eyes...

This is one of song that give me a lot of inspiration in my life...
so i decided to share this song..

Look around yourselves

Can’t you see this wonder

Spreaded infront of you

The clouds floating by

The skies are clear and blue

Planets in the orbits

The moon and the sun

Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind

To push it all aside..

No..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..

Look inside yourselves

Such a perfect order

Hiding in yourselves

Running in your veins

What about anger love and pain

And all the things you’re feeling

Can you touch them with your hand?

So are they really there?

Lets start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us?

Or are we so blind

To push it all aside..?

No..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..

When a baby’s born

So helpless and weak

And you’re watching him growing..

So why deny

Whats in front of your eyes

The biggest miracle of life..

- by Maher Zain-

Aku tinggalkan cinta kerana Dia


Tertarik sungguh bila terbaca kisah ini..so rasanya cerita ini patut dikongsi dan dihayati bersama-sama..

Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi
mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.


Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang
telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke
Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke
Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permits what you are doing right now. I haven't heard from anyone that loves before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family comes from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke
Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq,Jordan.

Friendship..

d
Hidup ini susah untuk kita duga,
Kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang,
Tapi sebenarnya jauh…
Walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia,
Tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..
Mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa,
Tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyuman dia..
Bila dia nangis kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya,
Walhal…
Kehadiran kita lansung tidak disenangi..
Rencah dunia,
Kita tak tahu siapa TEMAN siapa LAWAN
Sehinggalah suatu hari kita jatuh..
Dan kita sedar TEMAN masih disisi kita

Thursday, January 21, 2010

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta..

Oleh : ibnulatef
Editor : ibnulatef



1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.



4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.



7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.




Tuesday, January 19, 2010

Terkoyak??aduh...

Pada suatu hari, mcm biasa setiap minggu ada perjumpaan koko..tp bosan gila sebab takda geng..diorang semua dah ditetapkan masuk group lain..tragis sangat rasa..

Dahla dari pagi sampai petang..macam statue kat dalam kelas tu..nasib baik la jurulatih hari tu sejuk mata memandang..baru ada semangat sikit..ahakz..rasa la best sikit..muka asyik nak cover cun je memanjang..

Masa tengah hari macam biasa balik makan..perut da nyanyi lagu heavy metal da..biarla sorang-sorang pun..makan tetap makan..balik bilik..tengah siap-siap nak makan tiba-tiba..

Ya Allah!Seluar track koyak!gila la..besar pulak tu..ada kew???aduh malu..buatnya ada orang perasan tadi??aduh!!rasa nak terjun tingkap time tue jugak..MALUUU!!!!

Hahaha..so kepada semua orang diluar sana..sebelum melangkah keluar tu..bawa-bawa lah check keadaan pakaian ye..tak pasal-pasal malu berhadapan dengan masyarakat nanti..peace!!

Saturday, January 16, 2010

buat teman..

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari,
hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."
~ kata-kata Pujangga~





"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi.
Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."

Friday, January 15, 2010

hikmah 1

Nak dijadikan cerita,ada seorang budak ni..dia taklah pandai, selekeh..tak cantik..perangai pun xsemengah (bukan niat nak mengutuk tp realiti) orang tengok pun tak lalu..almaklumlah baru je darjah 5 masa tu..lainla dengan budak zaman skrg..baru umur stahun jagung, pakaian dah mengalahkan orang tua..
Dia hidup cukup pasif, pergi sekolah balik sekolah..ada kawan pun alahai skema nya..tp masa tu budak lagi so dia tak kisah lansung pasal penampilan asalkan senang nak bergerak..
Sampai pula 1 ketika bila tiba2 dia mula jatuh hati kat seorang budak laki ni..budak kelas dia..tapi rupanya budak laki ni da ada yang suka..kawan sendiri pula tu..so bila dah jadi cantu, dia ambik keputusan nak perhati dari jauh je..klo nak dibuat perbandingan, macam langit dgn bumi..laki ni punya lah handsome(1 skola kenal), kaya, smart, yang penting..top student skola..Hari-hari dia berangan..segala nya indah dalam angan2 tu tapi..
“ish dia tu??taknak aku..burukla..hahaha”gumbira gila gelak tu..dia tak tawu macam nk pecah jantung bila dengar..hina sangat diri rasanya..hina sangat kew??dia mula berfikir..dan setelah sekian lama mengumpul semangatt untuk terima hakikat ni..akhirnya dia terfikir untuk menjadi lebih baik..mungkin tidak dari sudut kecantikan tapi..dia cuba ambik semangat tu untuk belajar dan perbaiki penampilan supaya tidak lagi di hina..dan buktikan bahawa dia boleh jadi lebih pandai dari mamat yang dia suka tue..n siapa kata tak boleh??masa UPSR keputusan bagus jugak..
Bayangkan…sedangkan budak darjah 5 boleh fakir macam tu kenapa tidak orang dewasa sekarang??bila putus cinta..kene maki sikit da hilang punca hidup..mungkin banyak effect budak ni terhadap perkara lain..tp bila diambil yang positif nya, klo la dia tak dengar apa yang laki tu cakap hari tu mungkin dia akan terus hanyut dengan dunia ciptaan sendiri..lalai..dan mungkin lebih teruk kalau perasaan dia tu sampai kat pengetahuan laki tu..lagi la teruk..kan..so, sesuatu kenyataan tu mungkin perit untuk kita terima tp selagi kita xberhadapan dengan kenyataan itu,selagi tu kita tidak akan mampu mengubah diri kita kepada sesuatu yang lebih baik..