Our life starting...

Thanks sebab sudi lalu-lalu kat blog nie...kalau ada ape2 nak share sila la tinggalkan jejak anda disini yup..sharing is caring..wahhh...baru ceria sikit hati tue..kannnn…

Learn..life..hope..

Followers

Tuesday, June 29, 2010

Love???

Saje nak kongsi artikel nie sebab rase tertarik dengan penyampaian owner blog nie..

Cuma ada beberapa kerat je yg diambil so kepada sesiapa yang nak baca dengan lebih lanjut boleh kunjungi blog tersebut..saya cuma menyampai saja..wink2..

Selamat membaca dan berfikir!!

I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…

Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg
sedang ‘mabuk cinta’. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita
semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu
ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan
diri dlm perkara ini. Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg bermaksud perasaan kasih sayang
yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi
yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta
dibeli dgn wang ringgit.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya
cinta???

Atau…
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa
nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta
suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2
mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan
maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi
teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di p[ulau
impian???
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan
kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua
perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN…

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg
perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta
penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-
hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang
penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg
melompat-lompat dan begitu rapuh… Ia juga bukan spt cinta
atr ‘Romeo dan Juliet’, mahupun cinta ‘Laila dan Majnun’…
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah
Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia
bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA…
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg
dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga.
CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN
HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG…
InsyaAllah…

SEKIAN...thanks sebab sudi habiskan pembacaan anda..

Monday, June 21, 2010

ketika kamu...

Masa belek-belek document dalam laptop ni tiba-tiba tertarik dengan 1 artikel ni..
Renungi dan simpulkan sendiri..

Ketika berusia setahun..
ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun..
ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun..
ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun..
ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun..
ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun..
ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!

Apabila berusia 7 tahun..
ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun..
ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun..
ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun..
ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun..
ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun..
ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika berusia 14 tahun..
ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun..
ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun..
ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun..
ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun..
ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia 21 tahun..
ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

apabila berusia 22-23 tahun..
ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.

Menjelang usia 24..
ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”

Ketika berusia 25 tahun..
ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun..
ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun..
ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun..
ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.
Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Tak susah nak berbakti pada ibu bapa..
Terpulang kepada diri sendiri samaada kita nak lakukan atau pun tidak..
Jangan sampai menyesal dikemudian hari….

Sunday, June 20, 2010

Dari mereka..part 2


Lumrah insan..

Masa cinta disayang-sayang..

Masa benci dibuang-buang..

Masa sayang ditimang-timang..

Masa benci pergilah jahanam..

Masa kasih semulia insan..

Masa benci sekeji binatang..

Sesungguhnya insan tetap insan dan tidak selayaknya sesiapa wajar untuk menjatuhkan hukuman..

Janganlah membenci jika tidak mahu dibenci kerana perasaan benci itu senjata syaitan..

Belajarlah untuk sentiasa memaafkan..

Dari mereka..part 1


Berkasihlah ibarat sepohon pokok..
Yang berakarkan KESETIAAN..
Berbungakan KEIKHLASAN..
Berdahankan KEJUJURAN..
Dan..
Berdaunkan KASIH SAYANG…

Saturday, June 19, 2010

Kita dan Dia..


Kenapa dengan kita??

Apa kurangnya diri sendiri??

Tak tahu kenapa kita ni berebut-rebut nak jadi macam dia??


Nak cantik macam dia..

macam2 kita pakai..xkisah asalkan nampak cantik macam dia..

Nak kurus macam dia..

macam2 kita buat..makan itu makan ini..diet..xkisah apa nak jadi..asalkan dapat kurus macam dia..

Nak pandai macam dia..

apa yang dia buat kita slalu je nak ikut sampai xsedar betul ke x apa yang dia buat..xkisah..asalkan kita sama level dengan dia..

Nak bergaya macam dia..

dia pakai apa pun mmg cantik..kita pun apa lg..nak pakai macam dia..xkisah duit xde asalkan kita nampak bergaya macam dia..


Cara dia cakap..

Dengan siapa dia berkawan..kita slalu je nk ikut..

Konon nya dia tue sempurna..

Almost perfect..
Apa dia buat semua org sukalah..


Sampai kita tak sedar yang sebenarnya diaorang tue tengah cuba nak jadi macam kita..


Diaorang nak kawan macam kita..

Diaorang nak kuat macam kita..

Diaorang nak tabah macam kita..

Diaorang nak ceria macam kita..

Diaorang nak berada ditempat kita..

Diorang nak jadi macam kita..


Tapi kita tak tahu..

Sebab kita tak pernah percaya pada diri sendiri..

Tak percaya kepada kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita..

Kita hanya mengeluh mengeluh dan terus mengeluh dan akhirnya kite jadi kufur dengan nikmatNya..


Sedar tak kita dalam diam..semakin kita mngeluh semakin kita jauh kerana kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki tapi tidak dimiliki oleh orang lain..


Mungkin paras tak secantik dia..

Mungkin keberadaan tidak dipihak kita…

Mungkin kite rasa itu semua kelemahan yang kita ada..

Tapi sedar tak kita sebenarnye pada diorang itu kelebihan kita??


Kenapa kita tak secantik dia??

sebab Allah sayangkan kita..supaya kita tak riak memperaga yang bukan punya kita..supaya kita tidak lupa diri dan sentiasa bersyukur kepadaNya..

Kenapa kita tak sekaya dia??

sebab Allah sayangkan kita..supaya kita faham erti kesusahan terlebih dahulu sebelum kita dikurniakan kesenangan..supaya kita xmudah lupa diri dengan kurniaanNya..dan terus terhanyut sehingga lalai mengingatiNya..

Kenapa kita tak sepandai dia??

sebab Allah sayangkan kita..supaya kita lebih lagi berusaha untuk meneroka ilmuNya..supaya kita tidak riak dengan kedudukan yang kita ada..supaya kita yakin dengan kebolehan diri kita..


Ya Allah..

Sesungguhnya aku amat bersyukur diatas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan..Alhamdulillah..


Buat semua..

Setiap kejadian yang berlaku akan ada hikmahnya..

Jangan kita mudah goyah dan mudah putus asa andaikata apa yang telah kite cuba berkali-kali tidak pernah berhasil..

Apa yang kita hendak kecapi tapi xpernah mampu untuk dimiliki..

Kerana rezeki Allah sentiasa ada..dimana-mana dan PASTI ada hikmah disebalik setiap kejadian itu..

Yang penting kita harus PERCAYA KEPADA DIRI SENDIRI..terus berusaha..berdoa..dan tawakal..InsyaAllah..


Tuesday, June 8, 2010

Nama itu...


Tadi…
Baru jew lalu2 blog kwn2 n suddenly I saw something..
Nama itu…
Akukah??
Atau mungkin bukan??
Tak faham dengan diri sendiri..sedih??terkilan??tapi kenapa??


Buat sahabatku..
Terlalu mudah untuk mencipta satu hubungan dan mungkin bagi kamu semua itu hanya sekadar hubungan biasa..yang hanya menanti waktu untuk dibuang jauh dari memori kamu..sepenuhnya..

Pada aku…
Persahabatan itu terlalu indah untuk ditakrifkan..
Kamu terlalu istimewa,sahabat..

Andai esok nama ini akan terpadam dari memori kamu..apakan daya..
Tapi jika suatu hari nanti nama ini terlintas difikiranmu..walau hanya sesaat…tatkala kamu amat memerlukan seseorang disamping kamu…
I’ll always be there..for you..for all of you..
From deep of my heart..i always love you guys n our friendship..