Our life starting...

Thanks sebab sudi lalu-lalu kat blog nie...kalau ada ape2 nak share sila la tinggalkan jejak anda disini yup..sharing is caring..wahhh...baru ceria sikit hati tue..kannnn…

Learn..life..hope..

Followers

Thursday, December 30, 2010

JANGAN!!!!

Jangan anggap saya perfect sebab saya tak dilahirkan dengan kesempurnaan..


Jangan cakap saya baik atau jahat bila tak betul-betul mengenali saya..


Jangan dampingi saya jika tak berani terima kritikan dari sesiapa…


Jangan hampiri saya kalau takut berasa kecewa..


Jangan jadi kawan saya kalau tak dapat terima saya apa adanya..


Jangan berpura-pura bersahabat dengan saya kalau persahabatan itu kerana sesuatu..


Jangan sakitkan hati saya lagi sebab hati saya dah kembali seperti sedia kala..


Jangan uji kesabaran saya lagi sebab saya dah cuba buat yang terbaik untuk semuanya..


Jangan pijak harga diri saya sebab saya tak akan duduk diam dah lepas ni..


Jangan cabar kemampuan saya sebab saya tahu setakat mana yang saya mampu lakukan…


Jangan paksa saya buat sesuatu yang saya tak suka sebab saya tak nak buat jika tak ikhlas..


Jangan tersinggung dengan kata-kata saya sebab tu cuma gurauan semata-mata..


Jangan sentap dengan kritikan saya sebab niat saya cuma nak menegur kamu..


Jangan lupa ingatkan saya bila saya alpa sebab kamu dah dipilih untuk jadi sahabat saya..


Jangan putuskan silaturahim kita untuk dulu kini dan selamanya..




*klik la kalo nak tgk clear2..heheh..

Monday, December 13, 2010

Quality ke tak???

Nak try check phone x??senang je..


Mula-mula ambik phone..

Then tekan *#06#..

Phone anda ada display nombor IMEI/serial no. kan…

Then tengok no yg ada kat tengah-tengah…kedudukan ke 7 dan 8…

Macam mane??dah jumpa??

Okeh sekarang semak nombor tu dengan result kat bawah nie…

----------------------------------------------------------------------------

02 atau 20 – dari CHINA = LOW QUALITY

08 atau 80 – dari GERMANY = FAIR QUALITY

01 atau 10 – dari FINLAND = VERY GOOD

00 / 03 / 04 - dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY

13 – Azerbaijan = VERY BAD QUALITY AND DANGEROUS FOR YOUR HEALTH

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tak pun just tengok je terus kat belakang phone yang tempat letak bateri tu..then check la no IMEI or serial no. dia..Bereh dah??hehehh..

so lepas nie kepada sesiapa yang nak beli phone tue cek dulu no IMEI yup…

and kalau nak beli phone tu..tanya dulu warranty dari mana..

the best choice is warranty kilang sebab phone tu sah-sah baru..

dan tak ketinggalan check stiker kat battery..pastikan ada n keluaran kilang dia seniri...sah original..

be aware!!cheater dimana-mana..(^_^)V

gambar nie??hehehh saja-saja je sebab i love this phone so much..tapi tak sempat nak try roomate saya dah try dulu...sob2..bila agaknya???sapa yang baik hati nak hadiahkan dengan senang hati akan diterima..heee..(^_^)V


Saturday, December 11, 2010

Benda yang sangat simple tapi……

  • JANGAN guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
  • JANGAN guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
  • JANGAN guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”
  • Gunakan perkataan “Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”.

  • Tulis “Makkah tetapi JANGAN tulis “Mekah” coz “Mekah” = House of Wine.
  • Tulis “Masjid tetapi JANGAN tulis “Mosque” coz “Mosque” = Mosquitos.
  • Tulis “Allah” JANGAN tulis “4JJI” coz “4JJI” = For Judas Jesus Isa Al-Masih.
  • Tulis “Salam” JANGAN tulis “Ass” coz “Ass” = Donkey / Ass.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ilmu utk dikongsi bersama :


"Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah beberapa artikel yang dipetik dari beberapa blog masa tengah searching tadi..tengkiu for the information..tapi tu la..terkejut jugak..bukan sebab benda ni sangat sebab dah ada beberapa perkara yang slalu kita dengar..takpa la tukan??tapi nie terkejut dengan respon dari orang ramai..sedikit shock disitu.. ataupun saya yang silap tafsir apa yang commentar nie cuba sampai kan..mintak maaf kalau silap…tak ketinggalan jugak ada yang………..entah tak faham daku..fikirkan la sendiri..

beliau comment>> banyak betul mitos hikayat dalam tajuk ni.walaupun tak diketahui punca siapa yang buat semua kajian tu tapi terus disebarkan je....rajin betul si pembuat artikel ni cari dalam pelbagai bahasa yang berkaitan dengan tutur kata seharian.asal yang datang dari emel atau sms dengan ayat sila sebarkan demi ISLAM,maka terus semua orang percaya..elok la tu.sila sebar sebarkan lagi.10 tahun lepas ni pun mungkin akan masih ada lagi sebaran artikel yang sama”

apa motif orang ni cakap macam ni yup??kurang mengerti pula…..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni lagi satu yang ada terbaca dekat fb haritu..mula-mula baca kat fb saya pon confuse..saya pon tergerak hati nak search kat blog-blog dan website-website yang ada…then saya terjumpa nie…

Commentar 1 :

"ade kekeliruan..bagaimana penggunaan perkataan 'salam' sahaja..de yg kata tidak baik berdasakan ayat ini..
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) "

Sebab kat fb tu dia cakap xboleh guna “salam” jugak kan??ada misunderstanding kat situ..sebab….


commentar 2 :
"salam" itu bermaksud "sejahtera"...perkataan "salam" (selamat tinggal) yang merujuk ayat di atas secara tersiratnya membawa maksud bahawa ALLAH terangkan kepada Muhammad supaya beradab kepada orang yang enggan beriman kepada ALLAH..maka ucapan salam (selamat tinggal) diberikan..

(sila rujuk ayat sebelumnya)

wallahu'alam"

commentar 3 :

“salam..ye terima kasih...dah terjawab dgn penerangan ustaz...ye kdg2 apabila berlandaskan satu ayat kite perlu lihat keseluruhan ayat tersebut dan kepada siapa ayat itu ditujukan..wlpn kdg2 satu ayt Al-Quran je telah jelas utk difahami...sebab itu sebarang mklumat yag hendk diberi kene diteliti sebelum menyebarkannye...saye confius sbb de artikel yg disebarkan di fb...tp x jelas, ade yang tertinggal...berkaitan dalam memberi salam ini..justeru ini jgnlah kite menyalahkan kemudahan internet ini dagn 'tangging', 'forward', 'share' sebagainya tanpa memastikan kesahihannya..kerana ia boleh membawa malapetaka dan perbalahan...wallahua'lam..”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yeay!!so saya dah semakin faham..insyaAllah..mintak maaf kalau ada yang silap..saya sekadar share apa yang saya dapat…n kalau ada sebarang info pasal-pasal yang ni sila respon..tengkiu..mana yang baik kita ambik yang tak kita tinggal kan..ilmu itu untuk disebarkan dan dimanfaatkan bukan untuk suka-suka diremehkan.. wallahua'lam..

Friday, December 10, 2010

soklan mencabar buat kali ke-2...


sorry meera baru sekarang nak balas tag tu..hehehh..tak lambat kan??saja-saja je nie nak amek hati meera..hehehh..


starting.....
1. Adakah Anda Rasa Anda Hot?
-->hahaha…tak la..saya tak hot…saya cool..haha..(ciplak iklan radio..haha)

2. Update Wallpaper Anda Gune Sekarang








3. Cerita Pasal Gambar Ini?
-->saya suka window7..hahaha..nak muntah da tgk wallpaper nie…sabar jewla pieka…bosankan wallpaper nie..nie sume angkara orang-orang dengki..penat je setting baik punya abeh dia tukar…sedih betul rasenye…so pasrah jewla guna wallpaper nie sampai nak masuk u balik nnti…nnti jadi sia-sia je..sob2…


4. Kali Terakhir Makan Pizza ?
-->Tahun lepas rasanya…along yang belanje masa tue..boleh kira berapa kali dalam seumur hidup makan pizza..mula-mula masa keluar outing dengan member masa kat ttj dulu..lepas tu duk masa duk umah sepupu..lepas tue dengan qis,zue n qilah, masa sem 1..then masa hangout dengan nisa,iwan n fahmi..then masa balik umah jap masa sem 2..so conclusion nya ada la 6x..tue jewla sepanjang 20 tahun nie..hehehh..i’m Malaysian..makan masak lomak cili api pon sodap..kahkahkah..


5. Lagu Terakhir Anda Dengar?
-->sungai lui – aizat..tak tahu la sejak bila boleh layan lagu slow-slow cani…ish2..tak tahu jugak best tang mana..sebab orang yang suruh dengar kot..kot la…..hehehhh..


6. Apa Yang Anda Buat Selain Selesaikan Tag ni?
-->Dengar orang ngaji kat surau..Edit gambar..tu jela..hehehhh…


7. Selain Nama Sendiri, Anda Dipanggil Dengan Nama Ape?
-->melati…bestkan nama tu???nama ni start dari kawan roommate..melekat sampai sekarang…comelkan??hahaha..(jangan muntah darah..please…kahkahkah..)


8. Tag Lagi 5 Orang
1.
wani
2.
leen
3. yana
4.
angah
5.
zela



9. Siapa Orang Nombo 1 Dengan Anda
satu-satu nya sepupu daku yang suka bloging…yang lain tengah menanti tak kunjung tiba lagi blog mereka..hehehh..



10. Katakan sesuatu Pada Orang Nombo 5
bila tah nak jumpa lagi tah…dah 8 tahun dah…besar dah anak mak..ngahaha..


11. No 3 Ade Hubungan Dengan Sape?
ontahla ha..den tanyo xyo koba-koba an..hehehhh..

xtahula..dia tak pernah pulak nak bagitau..


12. Bagaimana pula dengan nombo 2?
dgn abe dio la…hahaha…lupa name la pulak..



13. Kata² cinta pada orang nombo 4?
lap u bbG…hehehehh…tak mau datang jumpa ma da ke??hakhakhak…


14. Berikan 4 Fakta Yang Anda Tahu Tentang Orang Yang Anda Tag?
wani >> suka posing posing n posing..am i???hahah
leen >> suka pink!!!heheheh..kann??
Yana >> suka sensitive..setuju tak??
Angah >> suka nyanyi..kannn???
zela >> suka nyakat orang..nasib la orang ramai tu..hahaha

Dari mereka..part 3


T E M A N

*klik kat gambar klo nak lagi clear~~

S A H A B A T

*klik kat gambar klo nak lagi clear~~


F R I E N D

Thursday, November 25, 2010

BUDAK TU....

Entri kali nie tetiba nak cerita pasal sorang budak kat dalam rumah den nie…

Masa tu dalam kul 7mlm mcm tue la…

“Ika kau tahu tak knp mesin nie bunyik krok2??dia xnak pusing pown” budak tue cakap..

Dengan slumber budak ika nie jawab..

”tah mane aku tahu..ade tanye aku..lupa nak jaga..hahahha”

tak nak keji lak budak ika nie gelakkan orang..

Sekarang dah pukul 9..mak budak nie baru balik dari surau…terkejar-kejar la budak ni gi dapatkan mak dia..still tercungap-cungap lagi…

Muka tak nak serius lak tue tanya mak dia..

“mak, kenapa mesin nie xnak jalan pastue bunyik krok2..cuba mak tengok..”

Mak budak nie pown pelik..apa kena pulak dengan mesin nie…siang tadi pakai ok je…pelik-pelik…

Lepas tue cool je mak budak nie cakap…

“mana tak krok2 dah air tak bubuh…tak penah orang buat basuh baju xletak air..mano nak pusing..”

“lah yeke???”rasa terpukul betul budak tue…

Time tue rase nak putus usus-usus gelakkan dia..kahkahkahkahkahkah…

Ade gak orang macam nie..kahkahkahkahkahkahkahkah….


So semua-semua jangan la buat malu macam nie..tak pasal-pasal je kene gelakkan nanti..nak basuh kain tu isi la air dulu yew...hehehh...

Thursday, October 28, 2010

Diet Rasulullah...amalkan...

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)




CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.


* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.


*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.


* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama ayam kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.




Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:


1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).



Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Wednesday, October 27, 2010

KITA STUDY UNTUK????


Masa jalan-jalan kat facebook tadi tiba-tiba tersentap bila terbaca status sepupu saya ni..

Tergamam sekejap..


[i told myself "you must work hard..but not for dean list not for pointer but to gain as much as i could...to house as much as nur of ilmu into my cerebrum... to let it running through my vein.ya Allah give me strenght..to make it come true.but am i able to do it? can i afford to gain it??? it leaves a question mark for me..hopin dat question mark will lead me to da answer."]


Betul cakap dia!!

Dan sekarang dah sedar…

Sem ni apa niat dan aim saya mulakan sem baru nie??

niat saya nak dapat pointer bagus…nak naik kan pointer..

nak dpt pointer bla bla bla..pointer bla bla bla…

pointer lagi…..tapi…….tengokla..

Sepatutnya niat belajar kerana Allah..

Kerana Allah..

Sebab tu sem ni terrible sangat..

Belajar tapi belajar sebab nak exam..

Belajar tapi belajar ape yang nak masuk exam je..

Belajar tapi nak belajar bila nak test je..

Bukan sebab nak dapatkan ilmu…

Ya Allah..

Menyesal nya…satu sem ni macam ntah apa-apa..nothing..

Dah la kelas xpergi..

Macam mana nak dapat keberkatan dari lecturer??

Belajar memang belajar..

Belajar tapi lepas test je terus lupa..

Sebab apa??sebab belajar sebab nak exam..

Kate td nak pointer cantikk..

Padan muka sendiri..

Jadi mulai sekarang…saya akan tukar niat saya..

Saya belajar kerana Allah..

Saya ikhlas belajar untuk dapatkan ilmu…

Belajar selagi mampu..sebanyak mana yang boleh..

Yes! Ikhlaskan hati……

GANBATTE KUDASAI!!!