Our life starting...

Thanks sebab sudi lalu-lalu kat blog nie...kalau ada ape2 nak share sila la tinggalkan jejak anda disini yup..sharing is caring..wahhh...baru ceria sikit hati tue..kannnn…

Learn..life..hope..

Followers

Saturday, June 19, 2010

Kita dan Dia..


Kenapa dengan kita??

Apa kurangnya diri sendiri??

Tak tahu kenapa kita ni berebut-rebut nak jadi macam dia??


Nak cantik macam dia..

macam2 kita pakai..xkisah asalkan nampak cantik macam dia..

Nak kurus macam dia..

macam2 kita buat..makan itu makan ini..diet..xkisah apa nak jadi..asalkan dapat kurus macam dia..

Nak pandai macam dia..

apa yang dia buat kita slalu je nak ikut sampai xsedar betul ke x apa yang dia buat..xkisah..asalkan kita sama level dengan dia..

Nak bergaya macam dia..

dia pakai apa pun mmg cantik..kita pun apa lg..nak pakai macam dia..xkisah duit xde asalkan kita nampak bergaya macam dia..


Cara dia cakap..

Dengan siapa dia berkawan..kita slalu je nk ikut..

Konon nya dia tue sempurna..

Almost perfect..
Apa dia buat semua org sukalah..


Sampai kita tak sedar yang sebenarnya diaorang tue tengah cuba nak jadi macam kita..


Diaorang nak kawan macam kita..

Diaorang nak kuat macam kita..

Diaorang nak tabah macam kita..

Diaorang nak ceria macam kita..

Diaorang nak berada ditempat kita..

Diorang nak jadi macam kita..


Tapi kita tak tahu..

Sebab kita tak pernah percaya pada diri sendiri..

Tak percaya kepada kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita..

Kita hanya mengeluh mengeluh dan terus mengeluh dan akhirnya kite jadi kufur dengan nikmatNya..


Sedar tak kita dalam diam..semakin kita mngeluh semakin kita jauh kerana kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki tapi tidak dimiliki oleh orang lain..


Mungkin paras tak secantik dia..

Mungkin keberadaan tidak dipihak kita…

Mungkin kite rasa itu semua kelemahan yang kita ada..

Tapi sedar tak kita sebenarnye pada diorang itu kelebihan kita??


Kenapa kita tak secantik dia??

sebab Allah sayangkan kita..supaya kita tak riak memperaga yang bukan punya kita..supaya kita tidak lupa diri dan sentiasa bersyukur kepadaNya..

Kenapa kita tak sekaya dia??

sebab Allah sayangkan kita..supaya kita faham erti kesusahan terlebih dahulu sebelum kita dikurniakan kesenangan..supaya kita xmudah lupa diri dengan kurniaanNya..dan terus terhanyut sehingga lalai mengingatiNya..

Kenapa kita tak sepandai dia??

sebab Allah sayangkan kita..supaya kita lebih lagi berusaha untuk meneroka ilmuNya..supaya kita tidak riak dengan kedudukan yang kita ada..supaya kita yakin dengan kebolehan diri kita..


Ya Allah..

Sesungguhnya aku amat bersyukur diatas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan..Alhamdulillah..


Buat semua..

Setiap kejadian yang berlaku akan ada hikmahnya..

Jangan kita mudah goyah dan mudah putus asa andaikata apa yang telah kite cuba berkali-kali tidak pernah berhasil..

Apa yang kita hendak kecapi tapi xpernah mampu untuk dimiliki..

Kerana rezeki Allah sentiasa ada..dimana-mana dan PASTI ada hikmah disebalik setiap kejadian itu..

Yang penting kita harus PERCAYA KEPADA DIRI SENDIRI..terus berusaha..berdoa..dan tawakal..InsyaAllah..


3 comments:

Dayah chan said...

saya dan dia..saya suka sy dan sy suka dia..hehe..nice entry...sgt bermakna :)

PiEkA said...

hehehehhh...thanks dayah..heheh

Anonymous said...

nice!