Our life starting...

Thanks sebab sudi lalu-lalu kat blog nie...kalau ada ape2 nak share sila la tinggalkan jejak anda disini yup..sharing is caring..wahhh...baru ceria sikit hati tue..kannnn…

Learn..life..hope..

Followers

Thursday, November 25, 2010

BUDAK TU....

Entri kali nie tetiba nak cerita pasal sorang budak kat dalam rumah den nie…

Masa tu dalam kul 7mlm mcm tue la…

“Ika kau tahu tak knp mesin nie bunyik krok2??dia xnak pusing pown” budak tue cakap..

Dengan slumber budak ika nie jawab..

”tah mane aku tahu..ade tanye aku..lupa nak jaga..hahahha”

tak nak keji lak budak ika nie gelakkan orang..

Sekarang dah pukul 9..mak budak nie baru balik dari surau…terkejar-kejar la budak ni gi dapatkan mak dia..still tercungap-cungap lagi…

Muka tak nak serius lak tue tanya mak dia..

“mak, kenapa mesin nie xnak jalan pastue bunyik krok2..cuba mak tengok..”

Mak budak nie pown pelik..apa kena pulak dengan mesin nie…siang tadi pakai ok je…pelik-pelik…

Lepas tue cool je mak budak nie cakap…

“mana tak krok2 dah air tak bubuh…tak penah orang buat basuh baju xletak air..mano nak pusing..”

“lah yeke???”rasa terpukul betul budak tue…

Time tue rase nak putus usus-usus gelakkan dia..kahkahkahkahkahkah…

Ade gak orang macam nie..kahkahkahkahkahkahkahkah….


So semua-semua jangan la buat malu macam nie..tak pasal-pasal je kene gelakkan nanti..nak basuh kain tu isi la air dulu yew...hehehh...

Thursday, October 28, 2010

Diet Rasulullah...amalkan...

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)




CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.


* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.


*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.


* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama ayam kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.




Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:


1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).



Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Wednesday, October 27, 2010

KITA STUDY UNTUK????


Masa jalan-jalan kat facebook tadi tiba-tiba tersentap bila terbaca status sepupu saya ni..

Tergamam sekejap..


[i told myself "you must work hard..but not for dean list not for pointer but to gain as much as i could...to house as much as nur of ilmu into my cerebrum... to let it running through my vein.ya Allah give me strenght..to make it come true.but am i able to do it? can i afford to gain it??? it leaves a question mark for me..hopin dat question mark will lead me to da answer."]


Betul cakap dia!!

Dan sekarang dah sedar…

Sem ni apa niat dan aim saya mulakan sem baru nie??

niat saya nak dapat pointer bagus…nak naik kan pointer..

nak dpt pointer bla bla bla..pointer bla bla bla…

pointer lagi…..tapi…….tengokla..

Sepatutnya niat belajar kerana Allah..

Kerana Allah..

Sebab tu sem ni terrible sangat..

Belajar tapi belajar sebab nak exam..

Belajar tapi belajar ape yang nak masuk exam je..

Belajar tapi nak belajar bila nak test je..

Bukan sebab nak dapatkan ilmu…

Ya Allah..

Menyesal nya…satu sem ni macam ntah apa-apa..nothing..

Dah la kelas xpergi..

Macam mana nak dapat keberkatan dari lecturer??

Belajar memang belajar..

Belajar tapi lepas test je terus lupa..

Sebab apa??sebab belajar sebab nak exam..

Kate td nak pointer cantikk..

Padan muka sendiri..

Jadi mulai sekarang…saya akan tukar niat saya..

Saya belajar kerana Allah..

Saya ikhlas belajar untuk dapatkan ilmu…

Belajar selagi mampu..sebanyak mana yang boleh..

Yes! Ikhlaskan hati……

GANBATTE KUDASAI!!!

Friday, October 15, 2010

Me + Mereka = KAMI



Apa yang saya suka tentang kamu..

Suka kamu yang Happy go lucky..
Suka kamu yang tak sempat nak serius..
Suka kamu yang gelak xhengat punya..
Suka kamu yang sabar layan kerenah melati..
Suka kamu yang suka makan!!
Suka kamu yang suka hangout..
Suka kamu yang selalu ingatkan sesame sendiri..
Suka kamu yang drama queen..
Suka kamu yang always give n take…

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikhlas untuk kamu...coding nie direka semata-mata..jangan amek copy paste pastue run kat borland or code block pulak..memang sangkut nanti..hehehh(^_^)V

Int main(void)

{

Char a[10];

Char b[10];

Char c[10];

a=cik qis;

b=kak mun;

c=AB;

Printf{“a + b + c = mereka”};

Printf{“me + mereka = kami”};

Printf{“ suka mereka!”}

Printf{“wish all of u best of luck n ganbatte!!”};

Exit();

}

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


“Ukhwah yang dibina atas nama ALLAH tidak akan mengharapkan balasan apabila memberi,

tetapi akan selalu berkongsi airmata dikala suka dan duka..

Kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam..

Keceriaan sahabat bagai pelangi yang tidak akan hilang..

Kehilangan sahabat bagaikan hilang permata termahal didunia..

Itulah sunnah jalinan ukhwah perjuang agama..

Moga persahabatn kita kekal ke syurga…”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tuesday, October 12, 2010

Aku dan facebook..

Entri kali ni cuma untuk isi masa lapang dan kongsi sedikit sebanyak pandangan saya mengenai sesuatu..kalau ada yang terasa hati awal-awal lagi saya mintak maaf la ye..

FACEBOOK??Memandangkan facebook dah deactive kan mulai semalam so boleh luangkan banyak masa sikit untuk blog nie…tak berkarat dahla lepas ni..(^_^)V

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila cakap facebook orang asyik tanya je….

Kawan 1 : kenapa deactive facebook?

Me : Saja jew..kalau tak deactive nanti lagha…tak jadi kerja lain nanti mengadap facebook je..

Kawan 2 : weyhh deactive kenapa??

Me : (jawapan yang sama) Saja jew..kalau tak deactive nanti lagha… tak jadi kerja lain nanti mengadap facebook je..

Kawan 3 : lahhh..deactive ke??kenapa??

Me : (jawapan yang sama lagi) Saja jew..kalo tak deactive nanti lagha… tak jadi kerja lain nanti mengadap facebook je..

Kawan 4 : ohhhh..yeke patutlah tak ada tapi….(tak sempat tanya biar saya potong dulu)(^_^)V

Me : Bosan!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cukup berlagak tak jawapan tu?? Bukan niat di hati nak cakap macam tu dengan mereka tapi penat dah jawab..Biarlah orang nak cakap macam bagus ke apa ke..realitinya saya deactive facebook sebab…….??

1. Sebab facebook dah bosan..sekali bukak ada la 2 3 paling banyak pown 7 jela stakat nie notification..bosan kan??tu pun bukan tuk diri seniri..dah tu sape suruh gatal tangan sangat kan ‘like’ n komen status orang..padan muka sendiri..(^_^)V

2. Sebab facebook dah bosan..sepatutnya facebook jadi tempat cari kenalan..bertukar pendapat..dapatkan n bagitau information terkini pasal kelas ke..test ke..and tengok update2 terbaru kawan-kawan semua..tapi lain pulak jadinya..

3. Sebab facebook dah bosan..bila mengadap je facebook, kerja lain tak jadi dah..mana belajar..mana makan..mana tidur..mana solat..mana mengaji…terkejar-kejar..padahal facebook je..tak lari mana pun..tapi disebabkan asyik sangat n dapat pulak kawan2 syaitan nirrajim tumpang hasut..lama-lama semua tak jadi..sebab??facebook lagi..ruginya..lepas tu nanti bila dapat result mula nak salahkan lecturer padahal masa yang dah diperuntukkan untuk belajar tu dah kne ambik sebab main facebook sokmo..ada tu siap ‘sedekah’ lagi kat facebook seringgit setiap minggu…haishh RUGInya kita…

4. Sebab facebook dah bosan..sebelum nie bila tengok update status dan komen-komen mereka ada jugak jadi pembakar semangat ke..jadi iktibar ke..bolehla bantu sedikit sebanyak..memandangkan jarang baca suratkabar..bila tengok facebook dapat tau jugak perkembangan terkini dalam Malaysia nie..luar Negara apatah lagikan..tapi sekarang…….(speechless)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak dijadikan satu kisah dongengla…setiap kali bukak facebook mestila nak tengok home kan..nak tengok status update terbaru dan tak ketinggalan komen-komen tambah lagi kawan sendiri punya..taknak makan dalam pulak ayat diorang tu..ada tu siap maki hamunla..ada je yang tak kena kat orang lain..ada satu spesies ni yang syok sendiri..post itu post ini tapi post tak membina lansung..ada yang perli-perli kawan sendiri..gaduh sana gaduh sini..kutuk sana kutuk sini..menghanjing je bila nak komen tu..cuba la sabar bawa-bawa mengucap sikit..ingat-ingat orang sikit..facebook nie kan meluas..malu lah…sapa-sapa je boleh baca..kesian mangsa-mangsa kejadian..kecewa betul..walaupun tak la kena sangat kat diri sendiri..tempias tu terkena jugak..Astaghfirullahal’azim…


Ok dah..fullstop!kan dah ter’emo’ pulak..(^_^)V

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Heeee…tapi ni tak bermakna pandangan saya terhadap facebook 100% negative..sebab saya masih lagi menggunakan facebook cuma berharap penggunaan facebook dapat dikurangla..heee..InsyaAllah..


Ganbatte!!..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tapi creadit la untuk mereka-mereka yang selalu post ayat-ayat yang membina..korang memang terbaik lah!!boleh da cuba-cuba apply jadi kaunselor..(^_^)V

Cuba bayangkan masa tu kita rasa down sangat..stress..depress semua ada..paling tidak bila kita baca ayat-ayat membina ni terbuka sikit minda..macamni lah facebook sepatutnya…kannn…dan conclusionnya saya memang suka post kamulah…(^_^)V

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So macam mana??ada terkena sikit tak kat batang hidung sendiri??

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan nak kutuk bukan nak mengata tapi kita sebagai manusia biasa kadang kala ada alpa dengan perkara-perkara didepan mata sendiri..sama-sama lah kita saling mengingat.. (^_^)V

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Silent lips may avoid many problems…

Smiling lips may solve many problems…

So always having a smile on your face is the beautiful journey called LIFE..”

----------------------------------------------------------------------------------------------------------